skip to Main Content

GETSHERA I Lavender Massage Oil

RM59.00

Rated 0 out of 5
(be the first to review)
Category:

Description

5 MANFAAT MINYAK LAVENDER UNTUK KULIT ANDA KEKAL CANTIK

Selain daripada mendapatkan tidur yang nyenyak. Lavender Oil banyak manfaatnya ;

1. MENGUBATI JERAWAT

Selain dapat membantu memudahkan tidur, manfaat minyak lavender untuk kulit juga dapat membantu mengatasi jerawat. Manfaat ini yang dicari-cari bagi kebanyakkan wanita! Sapa tak nak kan kulit muka licin tanpa jerawat! Untuk mengubati jerawat dengan minyak bunga lavender, anda hanya perlu sapukan 1 titis minyak bunga lavender pada jerawat anda. Gunakan secara rutin, insyaallah jerawat biasanya akan sembuh dalam tempoh 2-3 hari.

2. MENGUBATI SUNBURN

Kulit akan menjadi sensitive bahkan terbakar apabila terdedah di bawah cahaya matahari secara langsung tanpa pelindung. Jika anda mengalami sunburn, anda dapat mengubati kulit yang terbakar oleh cahaya matahari dengan menggunakan minyak lavender.

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu mencampurkan minyak lavender dengan carrier oil kemudian sapukan pada kulit yang terbakar. Minyak lavender ini berguna untuk mempercepatkan penyembuhan kulit yang terbakar dan mencegah timbulnya parut luka. Namun, anda perlu ingat bahawa anda tidak boleh menggunakan minyak lavender ini ketika anda ingin berjemur di bawah cahaya matahari. Ini kerana minyak lavender tersebut akan membuat kulit sensitive terhadap cahaya matahari.

3. MEMBERSIHKAN KULIT

Manfaat minyak lavender untuk kulit juga dapat digunakan sebagai agen anti-bakteria. Selain untuk menambah bau pada produk rawatan kulit, minyak lavender juga bermanfaat untuk membersihkan kulit kerana memiliki sifat anti-bakteria yang cukup baik.

4. MENGUBATI GIGITAN SERANGGA

Kadang-kadang gigitan serangga dapat menimbulkan luka dan meninggalkan rasa gatal pada kulit. Apabila ia terjadi, anda disarankan menggunakan minyak lavender untuk mengubati kulit yang terkena gigitan serangga tersebut. Caranya sangat mudah! Anda hanya perlu sapukan minyak lavender pada kulit yang terkena gigitan serangga tersebut untuk mengurangi rasa sakit dan bengkak yang mungkin timbul.

5. MENGUBATI LUKA

Tidak hanya digunakan sebagai wangian sahaja, manfaat minyak lavender untuk kulit juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mengubati luka seperti luka melecur, kudis, dan luka ringan. Tapi pastikan anda membeli minyak lavender yang asli supaya hasilnya berkesan. Untuk pastikan minyak ini sesuai di kulit, cuba sapukan sedikit pada lengan dan tunggu kesannya selama 24 jam paling kurang. Jika tidak ada kesan apa-apa, maka minyak lavender tersebut sesuai digunakan untuk mengubati luka.

Minyak Essential Lavender adalah dari jenama GETSHERA produk yang bebas bahan kimia dan yang pastinya selamat untuk dipakai.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “GETSHERA I Lavender Massage Oil”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top